JellyPages.com

Tuesday 29 October 2013

Kem Kemanisan Iman

25 Oktober until 27 Oktober 2013 . Aku , Nab , Tieqah , A.G , Jidiee and Jelan terlibat dengan Kem Kemanisan Iman di Asrama SMK Bandar Putra . Last minute aku dapat tahu pasal ni disebabkan si Fatin cancel last minute . So , aku laa yg gantikan tempat dia . Rasa mcm nak nangis bila terpaksa pergi sbb aku tak suka pergi apa2 program yg melibatkan lebih daei satu hari . I'll miss my bantal busuk ..

Dari first masuk dewan makan , aku rasa kem ni mcm tak best sbb combined dengan sekolah lain termasuk lah dengan primary school's students . Nak daftar nama tu pun rasa mcm nak tak nak . But , Allah S.W.T daa tunjukkan aku something yg luar biasa ! Aku rasa enjoy gila dapat join kem mcm ni . And we've met new friends there . Dari SMK Bandar Tenggara 2 , sama dorm dengan kitaorg iaitu Dana , Izzati and Nabilah . And dari SMK Sultan Alauddin pun ada iaitu Fieqa , Ain and Lysa . Yang lain tu kurang rapat sbb alim semacam :3

Hari pertama mmg kitaorg tak cukup tidur . Imagine it ! Tiga jam je tidur . Mana cukup kan . Then kena bangun pukul 3.30 pagi untuk mandi2 and kiamulaih . Kitaorg buat solat sunat Tahajjud , solat sunat Taubat , solat sunat Hajat and solat sunat Witir . Ngantuk toksah cakap laa . Time sujud pun boleh tertidur . Tapi paling best bila solat Taubat . Doa after solat Taubat yg ustaz tu bacakan mmg boleh buat org taubat . Terasa betapa banyak nya dosa dalam diri ni . Semoga Allah perkenan kan doa kami semua .

Then aktiviti kitaorg dipenuhi dengan ceramah tentang syiah . Yes ! Akidah syiah mmg serong . Kiranya siapa yg join akidah syiah tu mmg bangang berganda ganda lah sbb akidah syiah tu orang Yahudi yg cipta . Then petang aktiviti explorace . First check point , cari 10 jenis daun berserta nama dan fungsinya . Check point kedua , panjat bukit sambil berkepit tangan and tak boleh terlepas . Group aku 3 kali repeated baru lepas . Check points ketiga , cabut buah kelapa without any material . Check point keempat masak maggi sendiri . Daa biasa laa sbb camping selalu mcm tu . And the last check point , main lumpur . Bajet2 mcm askar gitu . Well aku mmg suka main lumpur :3

Then esok its time to leave . Rasa mmg sedih .. Ntah bila dapat rasa pengalaman mcm ni lagi . Ntah bila dapat jumpa diaorg tu semua lagi . Mmg aku tak menyesal pergi kem ni . TAK MENYESAL LANSUNG :D

Tuesday 8 October 2013

Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah , pakar bedah otak , my inspiration

Profesor Dr. Jafri Malin ialah anak kelahiran Sungai Rambai , Bukit Mertajam , Seberang Perai , Pulau Pinang . Beliau adalah graduan sulung dalam bidang doktor perubatan di Universiti Sains Malaysia ( USM ) pada tahun 1986 . Selepas tiga tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan , beliau mengikuti latihan kepakaran selama enam tahun di University of Ghent , Belgium dan Karolinska Institute of Neurosciences , Stockholm , Sweden . Beliau kini memegang jawatan Ketua Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan , Universiti Sains Malaysia di samping pakar bedah otak Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian .

Pada usia 41 tahun , Profesor Dr. Jafri Malin dilantik menjadi Felo Academia Durasiana Neurochirurgica , sebuah badan berprestij yang dianggotai oleh hanya 100 pakar bedah otak dari seluruh dunia . Pelantikan tersebut telah mencatat sejarah kerana beliau ialah profesor termuda yang dilantik sebagai Felo badan tersebut . Kebanyakan anggota lain yang berasal dari negara-negara Asia , Australia , dan Eropah berumur 55 tahun ke atas .

Pada awal tahun 2004 , beliau telah dinobatkan sebagai anak Melayu pertama yang mendapat gelaran profesor tanpa menduduki peperiksaan daripada The Royal College Of Surgeons Edinburgh , Scotland . Gelaran ini diberikan sebagai menghargai sumbangannya yang cukup bermakna dalam penyelidikan , pendidikan dan pembedahan neurosains .

Menurut Profesor Dr. Jafri Malin , rahsia kejayaannya bersumberkan tiga falsafah yang menjadi pegangan hidup beliau . Falsafah pertama ialah berkata "tidak" tiada ruang dalam kamus hidupnya . Beliau percaya bahawa tidak ada perkara yang tidak dapat dilakukan di dalam dunia ini , kecuali yang sudah ditentukan oleh qadak dan qadar Tuhan . Falsafah kedua ialah kepercayaan bahawa Tuhan Maha Agung . Tidak ada ertinya seseorang itu belajar sehingga ke peringkat tertinggi tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada Tuhan . Falsafah ketiga ialah disiplin .

Beliau yang pernah menerima anugerah "Saintis Muda Negara 2000" berkata bahawa kejayaan beliau pada hari ini tidak diperoleh melalui jalan mudah . Pelbagai halangan telah dilalui dan ditempuhi dengan semangat yang kental serta keazaman yang tinggi . Ketika menuntut di luar negara , beliau ialah satu-satunya penuntut Melayu yang mengambil bidang neurosains , manakala yang lainnya adalah penuntut dari Barat yang kebanyakannya berbahasa Belanda . Keadaan tersebut telah menyebabkan beliau berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Belanda . Sebagai hasilnya , dalam tempoh tiga bulan , beliau berjaya menguasainya .

"Berbanding dengan penuntut lain , hanya saya seorang saja yang berbangsa asing . Oleh itu , saya kena lebih rajin , lebih pandai , dan lebih mantap daripada mereka . Jika orang lain berusaha dua kali ganda , saya perlu berusaha tiga kali ganda," jelas beliau sambil mengacungkan tiga jari tangan kanannya .

Menurit Profesor Dr. Jafri Malin , sikap orang Barat pada umumnya memandang rendah terhadap orang Asia yang berbangsa Melayu ketika itu cukup ketara . Namun , hal tersebut tidak mematahkan semangat beliau . Akhirnya , beliau bukan sahaja lulus dengan cemerlang , malah berjaya melakukan pembedahan setaraf dengan pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan Barat . Kejayaan ini bukan sahaja merupakan kejayaan peribadi beliau tetapi juga mengangkat martabat pakar perubatan rakyat Malaysia ke peringkat antarabangsa .

Monday 7 October 2013

Dulu

Dalam senyap
Dalam gelap
Aku meratap

Tentang masa laluku
Tentang kehidupanku

Berharap cahaya menyuluhku
Masa depanku
Cahaya-Mu

By : ShahidahAlias

Dendam aku

Dari mana patut aku mulakan
Bila dendam itu makin menyerabut
Itukah dendam
Itukah cemburu
Itukah cinta
Ah , celaka

Dulu kau nyanyikan untuk aku
Kini kau nyanyikan untuk dia
Sahabat aku sendiri
Apa yang kau mahu ?
Dasar pendusta !

Jiwa ini
Sudah biasa kecewa
Hingga bahagia tiada rasa

Ketawa
Suka
Bahagia
Gembira
Menangis
Duka
Meraung
Sedih
Kau sendiri
Sumpah
Kau KEJAM

Luaran aku diam
Tenang
Tapi hati menyalak
Penat
Tiada bunyi
Kerna tiada siapa peduli
Pedulikah ?

Mimpi celaka
Tak pernah sangka
Bakal jadi nyata
Mimpi gembira
Tak pernah
Sekalipun jadi nyata

Aku mau mati
Dan dikebumi
Dengan rasa yang aku ada ini

By : ShahidahAlias

Wednesday 18 September 2013

Kot Putih

Mampukah aku berdiri
Memasak kaki , dan mengejar pelangi
Untuk mencari mentari
Kerana otak kering ini telah lama mati sekali dengan terkatupnya hati dan hidup dengan bongkaknya ...
Layakkah aku menyarung kot putih itu
Layakkah aku...
Layakkah aku...
Tinggi menggunung harapan orang tuaku
Tidak sampai hati aku melumat hatinya
Entah mampukah aku , memenuh hendaknya
Setiap keringat peluhnya amat berharga
Tak pernah pula aku hargai
Kejamnya aku , jahatnya aku , sanggupnya aku
Aku tersedar untuk kali ke lapan ribu
Misi aku belum tercapai
Sadarkanlah aku wahai Tuhan yang Maha Esa
Betapa jahilnya hati kecil hambamu ini
Dalam jahil ini masih ada pelangi impian
Suatu hari nanti...
Inshaa Allah...
Kot putih itu tersarung padaku
Dan tergelarnya aku sebagai 'Dr. Shahidah'
Inshaa Allah...
Inshaa Allah...

By : Shahidah Alias

Wednesday 4 September 2013

Muhammad Syafiq Syazwan

Sekadar kawan pada mulanya
29 December pertama bertemu
Tak pernah aku kenal engkau
Tak pernah engkau kenal aku
Namun takdir telah ditentu
11 Jun ...
Hati garing dek bohong ini berserah
Memohon hati kosong ini dikenyangkan
Memohon hati hancur ini dilekat lekat kan
Bersedia menyayangi , dikhianati
Setiap isi doa engkau titipkan kesetiaan untuk hubungan ini
Namun ...
Selagi masih terik
Hargailah aku
Berbahagialah
Berjoget joget laa
Hujan datang esok
Berkuyup laaa engkau merasa sejuk
Kerna lama sudah Allah memilik hati jahil ini
Untuk engkau hanya dipinjamkan
Menguji Iman hambanya

By : Shahidah Alias

Monday 2 September 2013

Jahilnya aku

Sudah aku bosan berkeadaan seperti ini
Jahil ditinggal hanya setahun
Tidak aku sangka kembali dia
Memaksa aku kembali seperti dulu
Kembali seperti aku yang dulu
Aku yang jahil , aku yang buta
Aku yang tidak pernah kenal mana halal , mana haram
Hawa nafsu yang kuat
Demi sedikit telah melanyak aku
Dan tidak aku mampu mencantas nafsu syaitan itu
Hanya kerana jantan
Yang bergelar kekasih
Kononnya disayang dan dibangga
Niat hati ingin mengubah jahil dirinya , mengubah jahil diri ini
Namun termampu tidak
Jiwa muda ini diragut syaitan
Allah Yang Esa terlupa sudah

By : Shahidah Alias